Sunday, February 19, 2012

MALAM KESENIAN ISLAM


Pada 02.02.2012, PASTI Taiping telah menganjurkan satu konsert MALAM KESENIAN ISLAM yang diadakan di Ma'ahat Al-Khair Lil Banat Taiping. Konsert ini telah menampilkan 2 orang artis iaitu Syam Kamikaze dan Iwan yang dulu lebih dikenali menyanyikan lagi-lagu dangdut.

YDP PAS Kawasan Taiping berselawat bersama artis


Jawatankuasa pelaksana bersama Artis jemputan

SALAM MAULIDUL RASUL

Selawat dan Salam pada junjungan Mulia Kita Muhammad SAW.. 12 Rabiulawal 1433H

SELAMAT DATANG TAHUN 2012

Selamat menyambut tahun baru kami ucapkan kepada semua pembaca blog PASTI TAIPING

Monday, May 3, 2010

PESTA BOLA PASTI PERAK 2010



PESTA BOLA PASTI PERAK 2010.

2 April 2010- Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring Peringkat Negeri Perak 2010 yang dilaksanakan di Gelanggang Futsal MP3 manjung telah berlangsung dengan jayanya. Hampir semua PASTI kawasan menghantar pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring dalam Pertandingan pada tahun ini.
Kehebatan pasukan-pasukan pada tahun ini diakui ramai pihak apabila pertandingan yang dilaksanakan dengan perlawanan yang sengit dan bertenaga dari setiap pasukan yang bertanding.
Alhamdulillah, pada tahun ini, usaha bersungguh-sungguh dari PASTI kawasan Taiping melatih pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring membuahkan hasil apabila PASTI Taiping berjaya mendapat Johan dalam pertandingan Bola Sepak dan mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Bola Jaring.
Pasukan Bola Sepak PASTI Taiping akan mewakili negeri Perak bagi pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 27 Jun 2010.
Perbincangan antara AJK PASTI Taiping telah bersepakat untuk melatih pasukan Bola Sepak dengan bersungguh-sungguh dengan harapan mendapat kedudukan terbaik dalam peringkat kebangsaan. Sokongan dari AJK, Guru dan khususnya Ibubapa dan penjaga menjadi pemangkin dalam kejayaan ini. Insya Allah

Saturday, April 17, 2010


17 April 2010 - Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI kawasan Taiping telah berjaya diadakan di padang SABK Lil Banat, kamunting bermula jam 3.30 petang. Hujan lebat yang turun sebelum pertandingan bermula tidak mematahkan semangat pemain, ibubapa penjaga, guru dan ajk yang terlibat. Walaupun padang bola sepak dan bola jaring basah dan berair akibat hujan lebat, ajk bertungkus lumus membuang air dari padang bola sepak agar permainan tidak terganggu.
Permainan dapat berlangsung dengan lancar selepas hujan berhenti dan diteruskan sehingga tamat pada jam 6 petang. Pertandingan pada kali ini disertai oleh 4 kumpulan daripada 8 buah PASTI kawasan Taiping. Pertandingan pada kali ini dimenangi oleh PASTI Al-Falah, Kg Jana dengan merangkul Johan bagi Bola Sepak dan Bola Jaring. Pemain-pemain terbaik bagi Bola Sepak dan Bola Jaring telah dipilih dari kalangan pemain untuk diberikan latihan Intensif selama 2 minggu sebagai persediaan menghadapi perlawanan peringkat Negeri Perak yang akan diadakan pada 1 Mei 2010 bertempat di Manjung, Perak. Tahniah kepada Semua. PASTI Untuk Semua.

Sunday, April 11, 2010

Pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring.

PASTI Kawasan Taiping akan mengadakan pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring peringkat kawasan pada 17 April 2010. Pertandingan yang akan melibatkan 4 buah pasukan dari 8 buah PASTI diadakan bagi memilih atlet terbaik yang akan dihantar ke pertandingan Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Peringkat Negari Perak. Insya Allah.

Friday, April 9, 2010

SUKANEKA PASTI TAIPING 2010





SUKANEKA PASTI MEMBENTUK SEMANGAT KESUKANAN.

TAIPING- 4 April 2010-Musim hujan sejak minggu lalu tidak menghalang pihak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) menganjurkan Sukaneka PASTI 2010 peringkat kawasan Taiping yang diadakan di Padang Awam, Taman Desa Jana, Kamunting.
Kira-kira 500 orang hadirin termasuk atlet PASTI, ibu bapa, penjaga dan masyarakat sekitar hadir bagi memeriahkan suasana sukaneka pada hari tersebut. Dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari 8 kontigen PASTI dengan pelbagai tema yang berwarna-warni, ternyata dapat menarik minat ibu bapa dan penjaga serta tetamu jemputan Yang Berhormat Yew Tian Hoe, Adun Aulong yang sudi menerima tabik hormat dari kontigen-kontigen PASTI yang cilik dan bergaya.
Pengarah program, Alif Ahmad bin Yunus berkata, program yang menghimpunkan 8 buah PASTI kawasan Taiping terdiri daripada 11 pasukan yang berbeza” “ 2 acara individu dan 4 acara berkumpulan dipertandingkan dalam sukaneka pada tahun ini” “ Sukaneka pada tahun ini juga diserikan lagi dengan penyertaan 2 buah pra sekolah sebagai jemputan dalam acara lari 50 meter”. “Kerjasama menjayakan program ini merupakan sesuatu yang sangat positif dan insya Allah akan diteruskan pada masa akan datang”. “ “Semangat kesukanan ini bukan sahaja ditunjukkan oleh pelajar, namun penglibatan ibubapa dan penjaga dalam acara sukaneka ibu dan bapa juga merupakan sesuatu yang amat dibanggakan”.
“Program Sukaneka tahunan ini yang dijuarai oleh PASTI Al-Falah, Kampung Jana dapat mencungkil bakat terpendam kanak-kanak pra sekolah Islam dalam aktiviti yang dianjurkan”, katanya.
Alif berkata, sukan PASTI bukan sekadar sukaneka sahaja, malah PASTI kawasan Taiping turut menghantar pasukan bola sepak dan bola jaring untuk pertandingan di peringkat negeri. Sekiranya menang, pasukan dari PASTI Taiping berpeluang bertanding di peringkat kebangsaan yang melibatkan penyertaan seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. PASTI kini bergerak seiring dengan peredaran semasa dan mendahului pra-sekolah Islam di Malaysia.