Friday, April 9, 2010

SUKANEKA PASTI TAIPING 2010





SUKANEKA PASTI MEMBENTUK SEMANGAT KESUKANAN.

TAIPING- 4 April 2010-Musim hujan sejak minggu lalu tidak menghalang pihak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) menganjurkan Sukaneka PASTI 2010 peringkat kawasan Taiping yang diadakan di Padang Awam, Taman Desa Jana, Kamunting.
Kira-kira 500 orang hadirin termasuk atlet PASTI, ibu bapa, penjaga dan masyarakat sekitar hadir bagi memeriahkan suasana sukaneka pada hari tersebut. Dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari 8 kontigen PASTI dengan pelbagai tema yang berwarna-warni, ternyata dapat menarik minat ibu bapa dan penjaga serta tetamu jemputan Yang Berhormat Yew Tian Hoe, Adun Aulong yang sudi menerima tabik hormat dari kontigen-kontigen PASTI yang cilik dan bergaya.
Pengarah program, Alif Ahmad bin Yunus berkata, program yang menghimpunkan 8 buah PASTI kawasan Taiping terdiri daripada 11 pasukan yang berbeza” “ 2 acara individu dan 4 acara berkumpulan dipertandingkan dalam sukaneka pada tahun ini” “ Sukaneka pada tahun ini juga diserikan lagi dengan penyertaan 2 buah pra sekolah sebagai jemputan dalam acara lari 50 meter”. “Kerjasama menjayakan program ini merupakan sesuatu yang sangat positif dan insya Allah akan diteruskan pada masa akan datang”. “ “Semangat kesukanan ini bukan sahaja ditunjukkan oleh pelajar, namun penglibatan ibubapa dan penjaga dalam acara sukaneka ibu dan bapa juga merupakan sesuatu yang amat dibanggakan”.
“Program Sukaneka tahunan ini yang dijuarai oleh PASTI Al-Falah, Kampung Jana dapat mencungkil bakat terpendam kanak-kanak pra sekolah Islam dalam aktiviti yang dianjurkan”, katanya.
Alif berkata, sukan PASTI bukan sekadar sukaneka sahaja, malah PASTI kawasan Taiping turut menghantar pasukan bola sepak dan bola jaring untuk pertandingan di peringkat negeri. Sekiranya menang, pasukan dari PASTI Taiping berpeluang bertanding di peringkat kebangsaan yang melibatkan penyertaan seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. PASTI kini bergerak seiring dengan peredaran semasa dan mendahului pra-sekolah Islam di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment