Monday, November 16, 2009

Sambutan Hari Graduasi PASTI Kawasan Taiping bagi tahun 2009 telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 111 orang pelajar terlibat dalam sambutan Hari Graduasi pada hari tersebut yang juga dihadiri oleh ramai ibu bapa dan penjaga pelajar PASTI Taiping.
Kategori Pelajar cemerlang 5 tahun dan pelajar cemerlang 6 tahun juga diadakan sebagai penghargaan kecemerlangan pelajar diperingkat PASTI cawangan. Pelajar PASTI Terbaik peringkat kawasan juga telah dipilih melalui saringan ke 2 menggunakan peperiksaan yang lebih menjurus kepada kecekapan pelajar menjawab soalan yang disediakan di peringkat kawasan.
Sambutan HAri Graduasi ini dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Fakhruddin bin Abdul Aziz selaku YDP PAS Kawasan TAiping.
Pihak PASTI kawasan Taiping mengucapkan jutaan Tahniah kepada semua pelajar terlibat dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga diberkati Allah.

Thursday, November 12, 2009

Program ' HARI GRADUASI" PASTI Kawasan Taiping akan dijalankan pada :
14 November 2009
Dewan Tuan Guru Hj Samad Noh, Air Kuning, Taiping Perak.
8.00 pg - 12 tgh.

Wednesday, October 7, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG
PASTI TAIPING.
KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PRA SEKOLAH ISLAM KEPADA KANAK-KANAK BERUSIA 4,5 DAN 6 TAHUN DISEKITAR KAWASAN TAIPING.
KEPADA YANG BERMINAT, BOLEHLAH BERJUMPA GURU-GURU YANG BERTUGAS DI LAPAN BUAH CAWANGAN PASTI SEKITAR KAWASAN TAIPING...